Pages

Saturday, June 6, 2009

.excited.

Hari ni aku excited gila bila dah dapat kerja kerajaan... Tak sabar nak melangkah ke alam baru.. Jawatan pun not bad,.. cuma.. gaji je rendah.. sebab aku mohon pakai SPM level je.. even aku dah ada pengalaman kerja swasta dan kerja tu pun berkaitan dengan jawatan terbaru ni.. Tapi tiada apa yg boleh diubah jika diploma aku tak habis lagi.. Kerajaan bergantung kepada kelulusan.. Hari ni baru 6 jun.. Tarikh lapor diri 27 Jun 2009.. Tak sabarnya..

Aku dah inform bos n team tempat keje aku yg aku nak berhenti kerja sebab nak masuk gov. Muka die org ada yg sedih dan ada yg jelous dengan tawaran kerja aku tu.. Susah nak dapat gov kata mereka.. Aku bersyukur sangat..

Sebenarnya aku mengikut org je isi borang SPA online.. Tahun 2008 kalau x silap aku.. Bulan OKTOBER.. Ada budak office ni dah fade up keje shift and isi borang.. aku tanya la kenapa nak berhenti keje ke? keje kat sini pun bleh tahan mudahnya.. cuma kalau ada attitude tak berapa baik and rakan satu office PHD (Perasaan Hasad Dengki) memang tak fikir panjang, sure nak resign n cari better job.. Kerja itu adalah didalam gov sector...

So aku isi je online form.. Bulan 4 tahun 2009 ni ada panggilan interview.. So aku pergi.. Bulan mei dah keluar surat tawaran and panggilan bekerja pada bulan jun... Teramatlah excited dan rasa diri ini sangat bertuah.. Ramai staf and kawan2 aku cakap keje kerajaan ni banyak "releks" dan "tak banyak kerja". So dalam kepala aku fikir banyak masa untuk aku study dan satu perkara yg merisaukan aku adalah, aku ni jenis tak boleh duduk diam.. Jika tiada keje aku akan mati akal.. Rasa macam rezeki tak halal bila duduk goyang kaki dan menunggu waktu pulang dari kerja..

Just wait n see je la.. :)

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails