Pages

Saturday, June 27, 2009

Lapor diri Juruteknik Komputer FT17

27 Jun 2009 adalah tarikh keramat.. Aku menunggu2 tarikh ni.. Tarikh lapor diri dalam sektor awam.. Jam 6 pagi aku dah bertolak dari rumah di gombak ke JAKIM, putrajaya.. Katanya di auditorium JAKIM.. Semangat aku berkobar2.. Pelbagai taklimat aku dengar hari ni.. Taklimat disampaikan oleh wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam, antara intinya mengenai Peraturan, Tatacara dan Sebagainya.. Taklimat dari Kemnterian Pelajaran Malaysia pun ada.. Maklum la.. kami semua di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.. Macam2 aku dengar dan harap2 di tempat aku bekerja ni mereka praktikkan apa yg diperkatakan, dijanjikan oleh jabatan.. Aku diletak di cawangan Pusat Kegiatan Guru.. Ape lah agaknya keje aku ni eh?? hehehe.. Selepas selesai dapat surat penempatan, aku di arah lapor diri ke PKG Sentul pada 29 Jun 09..

Malam ni aku dok search google maps.. aku tak berapa pasti alamat PKG Sentul.. Lokasi yg diberi oleh kementerian adalah benar.. Alamat penuh sekali ngan poskod.. Sure xda masalah pada 29 jun 09..

So aku pulang kerumah dengan perasaan bahagia.. aku leh tenang fikir kebajikan ibu ku.. Xla perubatan dia tercicir..

Masa aku interview dekat SPA.. apabila mereka tanya apakah sebab aku nak keje kerajaan.. aku cakap aku nak bantu ibu aku.. kesian die bekerja sampai sekarang.. sedangkan pada waktu ini dia perlu berehat bersama2 anak2 dia.. tetapi nak buat macam mana.. adik2 aku dah lepas tanggungjawab.. Aku ada 3 org adik beradik.. aku yg sulong, adik aku yg angah dah kawin.. dah ikot laki dia.. adik yg bongsu si aya.. die masih tak tahu nak fikir tentang tanggungjawab walaupun usia hampir 20 tahun.. Aku amat buntu memikirkan kondisi kewangan aku.. Aku terlalu memikirkan masalah org lain.. Sedangkan masalah aku tak selesai pun,.. Sepatutnya aku dah habis belajar dan memegang segulung diploma.. Tapi tak kesampaian.. Aku kena bayar duit rumah, bil2 utiliti, astro, broadband, dan sebagainya.. Aku dah tak larat nak fikir.. adakalanya aku bertengkar dengan ibu aku mengenai hutang2nya.. mana taknya,, hutang tak setle dah nak buat hutang dengan yg lain.. Nak suruh aku beli kereta, rumah.. Aku dah tak selembik dahulu yg menurut je apa yg ibu aku mahu.. Aku sudah bertegas sekarang ni..

Cuma aku kasihan dengan ibuku.. Masih x nampak ke kesusahan yg anak die tanggung.. Aku letih bekerja dan mencari duit.. Die tetap mahu teringat2 angah dan aya... Sedangkan mereka banyak membuat masalah.. Dalam kepala aku selalu fikir nak keluar dari rumah ini dan menyewa di tempat lain.. Tapi aku tak sampai hati nak tinggalkan ibu ku.. Along sayng mak walaupun mak tak sayang along..

Masa aku dapat tawaran kerja ni,.. Angah cakap gaji aku sikit, apa yg boleh kau buat?? Hrmm.. aku hanya berdiam diri dan ckp dalam diriku yg aku nak mak aku sihat..

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails