Pages

Monday, July 6, 2009

Langkah drastik yang telah aku ambil hari ini...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.. Maaf jika artikel ni ada buat korang rasa ruby ni bodo atau melepaskan peluang dan sesiapa yg dah baca, hopefully antara ruby ngan korang je.. Semoga korang faham..

Hari ni aku amik langkah drastik resgin dari gomen.. Dah hampir seminggu aku fikir.. Tapi, aku masih x dapat keptusan.. Aku nak solat istikharah, tapi tengah datang haid.. Jadi aku tawakal je dengan keputusan aku nih.. InsyaAllah semuanya baik dan mematangkan lagi diri aku..

Dalam masa seminggu je segala2nya berubah.. Aku resign dr office lama aku sebab aku fikirkan masa depan aku dengan mak aku.. Adik2 aku dah tak amik tahu dah.. Mereka pun buat tak tahu dengan susah payah aku cari duit untuk bayar hutang piutang dan bil2 utiliti serta sewa rumah.. Bila masuk gomen, dalam kepala nak mak dapat perubatan yg terbaik dan bila2 je mak sakit leh pi buat medical checkup on the spot.. Walaupun semua tu belum berlaku.. Hrmm..

Aku nyatakan kat semua kawan 'baik' aku mengenai hasrat untuk resign gomen, ramai yang suruh aku fikir betul2... Pada mulanya memang aku nak bertahan, tapi ada sesuatu yang membelenggu aku,... Aku tak boleh terima jika jawatan aku sebagai juruteknik diarah buat kerja kerani.. Aku nak belajar sambil kerja, bagaimana aku nak hadapi 3 perkara dalam satu masa? aku xnak kualiti kerja aku sebagai juruteknik jadi seperti hampas kelapa.. Aku xnak keje2 yg aku bantu kerani jadi tunggang langgang.. sebab itu atas amanah org dan atas nama aku.. memang mudah kerja itu, tapi aku nak buat sesuatu tanpa rasa separuh2 hati.. Belajar pula ntah kemana nanti.. Walaupun keje tu releks, sebenarnya aku x suka... Aku nak keje yg punctual.. Habis masa pada masa bekerja sahaja.. No at home work.. Due date pun aku nak siap sebelum tarikhnya.. Tak suka tangguh2... Lagi satu, gaji aku skit sangat,.. Aku dah tanya Executive Officer untuk naik tangga gaji, die ckp kena bagi diploma baru leh naik.. Aku ada transkrip je.. Die juga cakap xleh nak janji kenaikan gaji tu.. Hrmm..

Hari ni aku seronok pegi penempatan, tempat keje aku.. Encik yg training aku, suruh buat keje2 juruteknik.. Kira warm up la kan.. Aku angkat monitor 3, 4 biji pun xpa.. Sebab memang suka keje macam nih,,.. Then aku scan CPU.. Defragment je.. Susun fail.. Pastu ada article untuk aku fahamkan.. Aku baca dan buat nota2.. Tapi ada kerani ni dia nak naik pangkat agaknya, die dah siap sedia ngan keje baru di ibu pejabat agaknya.. So aku ni pengganti dia plak dah.. Aku rasa macam melampau la kan.. Gaji aku kecik je.. Nape kena buat macam2 nih.. Tapi aku diam je.. Snyum sepanjang masa..

Petang td aku antar surat resign kat Ibu Pejabat.. Pastu jumpa abg bob n yusri.. Macam2 jawapan aku dapat dari yusri.. Aku jd macam pelik.. Selama hari ni aku bg tahu yg aku ada tanggungan, die seolah2 tak faham dengan situasi aku.. Aku x suka betul kalau org buat bangang ngan cerita aku selama ari ni.. Bukan aku nak canang cerita dan kisah hidup aku.. Cuma beri penjelasan ngan situasi kenapa aku gila kerja.. Yang cakap belakang x kurang hebatnya... Aku rasa org yg nak keje gomen ni sebab nak senang lenang.. Patut la Malaysia susah nak maju dan duit habis.. Kesian PM Najib, semua dia dah buat.. Nak buat macam mano, melayu ni mudah lupa bak kata Tun Mahathir.. dan melayu ni malas bak kata aku.. Nasib baik aku ni mix.. Sebab tu aku gila kerja:-

1. Aku belajar sambil kerja.
2. Aku anak sulong dari 3 org adik berdik. Adik aku dah kawin dan lepas tngan dan yg bongsu masih x matang utk pikul tanggungjawab. Dan mak aku dah x ambil tahu pasal aku..!! Aku kena survive sendiri la bodoh!!!
3. Aku ada banyak bil kena bayar.. Walaupun mak aku x amik tahu apa aku buat dan aku x kejam untuk biarkan mak aku merempat!! Jadi aku byarkan semua bil dan surat yg sampai kat peti surat rumah aku tu!!
4. Aku pun nak bergaya, sebab aku perempuan!!! Setakat baju kurung aku beli banyak, takkan ko dah jeles!!! Bodoh betul..

Kenapa aku x jeles dengan apa yg korang buat:-

1. Sebab aku dah rasa semua yang korang buat sekarang ni.. Aku dah melancong ke luar negara, x heran pon.. Takkan semuanya aku kena cerita, nanti korang cakap aku berlagak.. Bapak aku dato' pun ko dah jeles.. Weih!!! Cermin la muka ko weih..
2. Bapak aku kontraktor Class A la weih.. Macam2 kereta aku dah naik la weih.. Makan kat hotel, tido kat hotel dan mandi kat swimming pool pun aku penah la weih..
3. Mak aku pandai masak dan pernah ada restoran la weih!! Jangan nk berlagak ko pandai masak sangat!! Aku pun masak sedaapp.. Mak aku ajar.. Diakui oleh Saiful Naim kesedpannya!!!
4. Banyak perkara korang tak tahu dan tak perlu tahu...

Korang layak ke keje gomen?? Fikir lah..
1. Asik bergayut time keje, pastu pakai phone company plak tu.. Tak tahu malu.. Itu nak keje gomen?? Mati akal la ko kalau x jumpa telefon.. Huhu. Habiskan duit rakyat je bayo gaji korang..
2. Kalau dah berlagak ngan akak, sedara yg kaya raya dan berpangkat.. Kenapa ko x keje ngan dia.. Banyak cakap plak.. Pegi je la.. A tleast aku try SPA dan dapat.. ko berlagak hari ni, kat gomen lg canggih brg2 peribadi die org..
3. Ko nak ganti tempat aku?? Mampu ke ko nak bersaing dengan aku hah?? Boleh blah.. Kalau setakat nak bagi buah mempelam ko yg dah ditebuk tupai kat bos aku, baik x payah..
4. Jangan cakap banyak.. Rezeki aku, Alhamdulillah aku boleh berfikir dan buat keputusan sendiri.. Aku x malu nak patah balik, kerana itu punca rezeki aku.. Aku tahu apa yg aku buat..

Aku dah letih nak terangkan semua ni.. Aku mencari akhirat dan dunia mengejar aku, supaya aku x sesat kerana kesempitan duit.. Ada paham??

Tak sangka ramai jeles dengan aku.. Hasad Dengki sangat korang kat aku.. Allah s.w.t sentiasa ada dekat dengan aku.. Jawapan aku adalah dari Dia dan hati aku.. Hanya diakhiri dengan coretan kisah sedih, sepi ini.. Wake up la wey!!!

To : Abg Bob, Kak Sal, Kak Rina terima kasih bebanyak.. Love u all.. Abg Zaid, Abg Asrul n Abg Shah pun thanks, walaupun jawapan korang 50/50,.. Hrmm.. Yang lelain tu, korang jangan jadi plastik boleh x?? Menyampah aku tengok.. Busuk mcm bau telur tembelang..

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails