Pages

Monday, June 29, 2009

Penempatan Juruteknik Komputer di PKG Sentul

Aku tak dapat lelapkan mata, rasa excited nak pi lapor diri di penempatan sebenar.. Sebelum ni kenderaan awam yg aku naik pi keje kat HQ 7Eleven adalah Putra LRT dan StAR LRT.. Hari ni aku kena naik bas dari kawasan perumahan dan tukar bas di sebelah Balai Polis Gombak.. Redah jer.. Nasib baik dah search internet lokasi perjalanan bas rapid KL.. Dalam jam 7.30 aku sampai di sentul.. Jalan kaki skit dah sampai la ke sekolah tu.. Bila sampai, aku tulis nama kat pondok pengawal pak guard tu.. Die suruh aku naik ke pejabat.. Bila dah pegi pejabat, kerani2 semua excited.. Siap cakp bestnye ada dua juruteknik.. Then ada lagi seorg kerani cakap "alamt ni salah cik, PKG senul dah berpindah ke Jalan Pahang.". Adoi, kepala aku start pening, mana nak cari ni.. dah le naik bas datang ke sentul... Apa yg mereka cerita mengenai lokasi yg baru pun aku masih x dapat tangkap dimana..

Aku telefon kementerian di putrajaya, mereka sambungkan ke jabatan teknologi pendidikan.. then jabatan tu cakap die tak incharge penempatan.. Dia beri no telepon bahagian wilayah.. bahagian wilayah beri no tel Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah.. Baru la aku dapat alamt sebenar.. Dari sentul ke Taman Tasik Titiwangsa rupanya.. Melilau juga cari. Dalam juga kawasan itu.. hehe...

Aku lapor diri dan mereka ckp kena lapor diri ke BTPNWKL.. Nasib baik ada puan wati yg sudi menghantar aku ke cheras.. Aku lapor diri dan isi la pelbagai borang.. Hrmm.. Sebenarnya aku ni ada fobia dengan pekerja2 awam ni.. Sebab aku x suka environment macam busy body tu dan environment kasar kat hospital tu.. aku cukup takut sebenarnya... Aku kuatkan diri juga... Dan lagi aku pantang kalau org tanya aku sesuatu dan bila aku tngah jawab soalan dia, dia plak pi tanya org lain tanpa aku habiskan jawapan aku.. sungguh kurang ajar...

Hari ni aku x buat ape2 sangat.. Cuma hari suai kenal dan mengatahui tempat sekitar BTPNWKL. Agak bosan skit la..

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails