Pages

Thursday, July 30, 2009

Perkara yang aku nak buat sebelum Meninggal Dunia.. (Chapter 1)




Assalammualaikum semua.. Hari ni aku tak tahu kenapa aku rasa sesuatu hilang dalam diri ini.. Dan aku memikirkan kematian.. Aku berharap sangat, bila aku dah tiada didunia ini.. Aku tak susahkan mak dan ahli keluarga yg lain.. Mana la tau.. Kain kapan pun mereka tak mampu beli ke? Upah penggali kubur pun xda duit..? Tanah untuk tanam aku pun tak ada.. Macam mana la nanti kan.. Tahu ke mereka nak uruskan jenazah?? Meminta bantuan kaum hawa utk mandikan aku nanti.. Imam untuk sembahyang kan aku.. Bacaan talqin dan tahlil.. Aku rasa risau tentang itu..

Hrmm.. Tak kurang juga risaunye aku dengan bekalan aku ke alam sana.. Aku dah kumpulkan segala2nya kah? Aku rasa nak nangis.. Macam2 aku dapat didunia ni.. Tapi balasan kepada Allah s.w.t hanyalah sedikit.. Hanya solat tidak memadai. Aku masih rasa tak cukup.. Astaghfirullahalazim.. Teruknya aku.. Sebagai seorang Islam, aku masih tidak tahu apa yg perlu aku tambah untuk kuatkan iman dan menjadi hamba yang solehah... Tetapi aku masih mencuba mencari diri aku, agama, dunia dan akhirat.. Semoga aku terang hati untuk mencari semua itu..

Perkara yang aku nak buat sebelum meninggalkan dunia semntara ini adalah, bahagiakan ibu aku.. Aku dah tak tahu nk buat macam mana lagi.. Tipa kali aku cuba membuat sesuatu kebaikan terhadap ibu aku, die seperti tidak merasainya.. Aku cuba untuk memegang erat tangan dan memeluk erat mak aku tiap hari.. Tetapi dia sentiasa tiada dan menolak.. Menganggap aku ni sudah besar.. Aku lihat setiap gerak geri ibu aku.. Apa yg die mahu.. Aku juga selalu menjanjikan sesuatu.. Tetapi lumrah manusia kadang2 lupa.. Tapi aku masih mencuba.. Aku ingin tunaikan permintaan mak.. Apa sahaja mak nak, aku akan tunaikan.. Tetapi, kadang2 perselisihan faham membuatkan aku mengungkit dengan apa yg telah aku beri.. Aku bukannya minta untuk pulangkan balik apa yg telah aku beri.. Tetapi aku cuma nak perhatian dan kasih seorg ibu..

Dulu selepas mak bercerai dengan abah, aku sebagai anak sulong survive supaya mak tak susah hati manjaga kami 3 beradik.. Aku menjadi ketua keluarga, sebab mak pergi kerja.. Besarnya pengorbanan mak... Mak dan abah dah duduk asing sejak aku sekolah rendah.. Tak silap aku masa aku darjah 3.. Aku dipindahkan sekolah.. Duduk kat rumah allahyarhammah maklong.. Kat SKC, slim river.. Selepas maklong meninggal, pindah ke rumah pak uda.. Hmm.. Tak best.. Tapi, aku berterima kasih kepada mereka dua keluarga.. Masa aku kat SKC, mak aku la tiap bulan datang jenguk.. Masa kat umah mak long, mak long kasi mak bermalam beberapa hari.. Tapi kat umah Pak Uda.. Mak Uda buat bodoh je.. Bukan nak suruh mak tido situ.. Dah le mak aku bayar untuk jaga aku n angah.. Kurang asam betul.. Disebabka die buat macam tu, aku dah menyampah nak pi umah Pak Uda.. Hrmm.. Tiap kali mak balik je lepas bawa kami semua pi jalan2 kat slim river, mesti aku nangis bila mak balik KL.. Hrmm.. Tapi mak tak tau.. Masa tahun tu juga Raya Aidilfitri.. Aku tak balik kampung pun.. Pak Uda x balik.. xkan aku nak balik kot kan.. Hmm.. Sedih je masa tu.. Aku ni kalau jauh dari mak.. Mesti demam.. Ntah la.. Rindu.. Kat mak aku je yg aku demam2 ni.. Org lain xde plak..

Hrmm.. Xpayah la korang tau ape pengorbanan mak aku ni.. Die lah segala2nya bagi aku, walaupun banyak perkara yg aku tak berkenan die dah buat.. Hrmm.. Seorg ibu ni pemaaf kan.. Adik2 aku buat macam2 perkara, conteng arang pun penah.. Sampai hari ni die accept adik aku, walaupun mulut die ckp tak suka n tak ngaku anak.. Itulah anugerah seorg ibu.. Dialah permata hati aku.. Jadi, aku harap sangat kalau aku boleh bahagiakan hidup mak aku dan menjaga dia sehingga akhir hayat aku.. Aku xnak buat dosa kat mak aku.. Suatu hari nanti aku juga akan jadi seorg ibu,.. Aku juga xnak anak2 aku berdosa kat aku.. InsyaAllah aku sempat bahagiakan ibu aku..

Along sayang mak..

Notes: Kepada kawan2 aku yg menjadi tmpat aku luahkan perasaan tu, terima kasih banyak2..

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails