Pages

Sunday, July 26, 2009

POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD

Assalammualaikum semua...
Rabiatul nak syorkan satu website mengenai pelancongan ke luar negara.. Dalam negara pun ada.. Cuma yg ini memudah kan kita ke luar negara.. Ada pelbagai pakej.. Apa yg rabiatul perhatikan disini adalah, ianya syarikat bumiputera.. Antara keistimewaan POTO Travel and Tours Sdn Bhd adalah :

Setiap pelusuk dunia kita pergi melalui agensi ini, makanan adalah makanan halal.. Setiap org mesti ada keinginan pergi ke merata dunia kan? Macam rabiatul teringin pergi ke Korea, Mauritius, Cape town dan Umrah.. Tetapi, bab makanan mesti kita pening skit... Kena bawa stok makanan dalam tin ke? maggi ke.. Hehehe.. Semuanya ada di dalam pakej agensi ini..

Waktu solat kita juga dijaga oleh mereka.. Wakil yg bersama kita akan memberitahu waktu solat dan solat jamak bersama2..

Maklumat lawatan lengkap.. Kalau korang tak percaya, korang lawat lah website ni.. Dari hari pertama, sampai hari terakhir dan dalam penerbangan pun diberitahu secara detail..

Kalau nak honeymoon pun boleh juga guna pakej mereka ni, jimat skit dan tak pening kepala pikir pasala makanan, hotel dan penerbangan.. Semua dijaga.. Bawa wang saku untuk shopping!!! Hehehehe..

Bercuti dengan family atau kawan2 juga tiada masalah.. Setiap harga pakej disediakan mengikut bilangan org.. Sediakan duit empunya badan k.. Kumpul duit..

Lagi ramai, lagi murah!!


Mereka ni profesional, berdedikasi dan bertanggungjawab..

Yg paling penting.. Buat passport dulu.. Hahaha.. Teringat peristiwa nak bercuti dengan bebudak ofice ke Bandung.. Dah kira semua kos dan dah nak beli tiket kat air asia.. Last sekali.. Passport rabiatul tak buat lagi.. Hehehehe.. Hampeh dan Hampa kawan2 semua.. Hehehe..

Satu contoh rabiatul beritahu,... Hrmm.. Contohnya kita pergi ke Afrika Selatan - Mauritius

Lawatan Eksotik AFRIKA SELATAN & MAURITIUS YANG MENGASYIKKAN
Mauritius / Cape Town / Johannesburg
8 Hari / 5 + 1 Malam.
Penerbangan Air Mauritius

Hari 01
KUALA KUMPUR – MAURITIUS

Anda diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa bertolak ke Capetown melalui Mauritius. Sampai di Mauritius, anda akan dibawa ke hotel untuk berehat dan bermalam di sini. Aturcara bebas.
Pulau ini mencapai kemerdekaan pada 1968 daripada British selain penjajah terdahulu iaitu bermula Portugis, Belanda dan Perancis. Pulau ini ditemui oleh pihak Portugis pada 1505 dan dijajah oleh Belanda pada 1638, yang menamakan pulau ini Mauritius untuk menghargai jasa Putera Maurits van Nassau seorang perwira Belanda yang telah memberontak menentang kerajaan Sepanyol.

Hari 02
MAURITIUSCAPE TOWN (MT/MM)

Awal pagi bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Mauritius untuk penerbangan ke Capetown. Setibanya di Cape Town, makan tengahari dan daftar masuk hotel. Seterusnya anda akan dibawa melawat ke sekitar Bandar Cape Town yang sangat terkenal di seluruh dunia.
Bandarraya Cape Town terletak di dalam wilayah Cape Barat, 60 km barat-daya dari Pretoria. Ia merupakan ibu negara legislatif Afrika Selatan, serta ibu negeri wilayah Cape Barat dan mempunyai kepadatan pendudukan ketiga terbesar di negara ini.Seterusnya itu lawatan ke Waterfront iaitu pusat komersial dan Marina yang berlatarbelakangkan pemandangan laut dan gunung. Waterfront adalah tempat tumpuan pelancong bersantai. Makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Cape Town.

Hari 03
CAPE TOWN (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Hari ini anda akan dibawa melawat ke beberapa destinasi yang menarik di Semenanjung Cape. Antara tempat menarik yang akan dilawati ialah Camp Bay. Camp Bay adalah kawasan penginapan eksklusif pelancong yang terletak menghadap laut Atlantik. Pantai di Camp Bay diiktiraf sebagai salah satu pantai pasir yang tercantik didunia. Seterusnya sambung perjalanan ke Hout Bay Fishing Harbour. Dari pelabuhan ini anda akan menaiki bot menuju ke Seal Island untuk melihat lebih dekat kehidupan singa laut. Anda juga berpeluang membeli-belah cenderahati di sekitar Hout Bay Fishing Harbour. Seterusnya bertolak ke Chapman’s Peak Drive iaitu laluan jalan lereng gunung tepi pantai yang menakjubkan. Ianya terletak di antara Noordhoek and Hout Bay sepanjang 9km. Anda akan berhenti di Chapman’s Point untuk menghayati pemandangan yang indah pantai Laut Atlantik. Seterusnya lawatan ke Kilang Gemstones dan juga menyaksikan telatah penguin yang pastinya sangat menghiburkan hati anda. Makan tengahari di restoran tempatan. Lawatan ke Cape of Good Hope dan Cape Point. Cape of Good Hope adalah kawasan barat-daya yang paling hujung di benua Afrika dan Cape Point adalah kawasan garisan pertemuan sempadan laut Atlantik dan India. Makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Cape Town.

Hari 04
CAPE TOWN (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan ke Table Mountain.
Pergunungan yang unik dimana di bahagian atasnya rata seperti sebuah meja yang besar (lawatan tertakluk pada keadaan cuaca). Seterusnya lawatan ke Ostrich Ranch iaitu ladang perternakan burung unta. Disini anda akan diberi penerangan lengkap mengenai kehidupan burung unta. Makan tengahari di restoran tempatan. Seterusnya balik ke hotel. Aturcara bebas membeli-belah di Green Market yang terletak berdekatan dengan Hotel. Lewat petang lawatan ke Malay Quarters yang juga dikenali sebagai Bo-Kaap iaitu kawasan penempatan komuniti Melayu/Islam. Anda juga berpeluang melawat Mini Malay Museum yang terletak dikawasan ini. Komuniti ini adalah yang pertama dibawa masuk ke Afrika Selatan oleh Dutch East India Company sebagai hamba sekitar 300 tahun yang lalu. Komuniti ini juga adalah kumpulan yang pertama yang menyebarkan agama Islam di Afrika Selatan. Makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Cape Town.

Hari 05
CAPE TOWN – JOHANNESBURG (MT/MM)

Awal pagi bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town untuk menaiki penerbangan domestik ke Johannesburg. Setibanya di Johannesburg, anda akan disambut oleh wakil kami dan seterusnya dibawa melawat ke Taman Tema Gold Reef City yang terletak di bekas kawasan perlombongan emas (Disini anda boleh imbaukan kembali bandar Johannesburg 100 tahun dahulu yang amat terkenal sebagai sebuah kawasan perlombongan emas). Makan tengahari di restoran tempatan. Lawatan seterusnya termasuklah ke Underground Mine Tour di mana anda dapat melihat dengan lebih dekat cara perlombongan emas. Anda juga berpeluang melihat demostrasi pembentukan emas (gold bar). Seterusnya lawatan ke Muzium yang bersejarahkan liku-liku perjuangan tokoh-tokoh bangsa Afrika Selatan. Muzium ini dikenali sebagai Apartheid Museum. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel dan bermalam di Johannesburg.

Hari 06
JOHANNESBURG (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa melawat ke Sun City (dikenali sebagai Africa Kingdom of Pleasure). Lawatan termasuk ke Pilanesburg Game Reserve (saksikan kehidupan safari disini dari dalam bas). Makan tengahari di restoran tempatan. Peserta akan diberi masa bebas di Sun City. Pelbagai aktiviti hiburan boleh dinikmati disini (tidak termasuk bayaran masuk). Singgah di Lesedi Cultural Village semasa dalam perjalanan pulang ke Johannesburg. Pengalaman yang menarik menyaksikan kebudayaan sebenar 7 etnik bangsa asli Afrika Selatan. Kembali ke Johannesburg, makan malam di restoran tempatan dan bermalam di sana.

Hari 07
JOHANNESBURGMAURITIUS (SP)

Selepas sarapan, aturcara bebas sementara menunggu masa untuk dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Johannesburg bagi mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Mauritius. Sampai di Mauritius, berehat sebentar dan terus sambung perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 08
KUALA LUMPUR

Selamat sampai di KLIA bersama dengan berbagai kenangan manis yang pastinya tersemat di dalam hati setiap peserta.


Harga Pakej
Harga Pakej Seorang :

Dewasa
RM8,388.00 seorang (Bilik berdua)

Kanak-Kanak
RM7,083.00 seorang (Berkatil)
(2 hingga 11 tahun)

Warga Emas
RM8,208.00 seorang
(55 tahun keatas)

Jadual & Tarikh penerbangan :

Tarikh Berlepas :12 November 2009

Kuala Lumpur / Mauritius 1250 / 1550 MK643
Mauritius / Capetown 0910 / 1315 MK843
Cape Town / Johannesburg 0915 / 1115 BA6406
Johannesburg / Mauritius 1315 / 1900 MK852
Mauritius / Kuala Lumpur 2205 / 1120+1 MK642


*Harga, tarikh dan program tertakluk kpd perubahan. Harga untuk minimum 25 orang peserta. *Sebarang kenaikan bahan api (fuel surcharge) oleh syarikat penerbangan akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta

Harga Termasuk:

  • Tiket penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi dengan penerbangan Air Mauritius
  • Cukai lapangan terbang dan insuran peperangan
  • Penginapan di hotel (CPT – Fountains Hotel @ setaraf JNB – Protea Hotel @ setaraf,)
  • Lawatan seperti dalam aturcara
  • Makanan halal seperti dalam aturcara
  • Pengangkutan seperti dalam aturcara
  • Tips untuk pemandu bas dan pemandu pelancong
Harga TIDAK termasuk:
Insuran perjalanan peribadi
Segala perkhidmatan tambahan di hotel
• Khidmat porterage
• Barangan lebih had

Semua informasi boleh didapati di website POTO Travel & Tours Sdn Bhd..

Selamat bercuti dan mari beramal.. :-)

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails