Pages

Saturday, August 15, 2009

Friends or Foe..



Kawan atau musuh?? Kadang-kadang kawan boleh jadi musuh.. Hrmm.. Aku nak cerita sedikit la pengalaman aku. Masa dari aku start berkawan la kan.. One thing korang kena tahu pasal aku, aku suka berkawan dan aku mengharapkan kawan aku tu adalah yg terbest.. Malangnya susah nak dapat yg terbest, terbaik dan sebagainya..

Selama aku berkawan, even though yang dapat title "best friend" pun aku pernah bergaduh disebabkan salah faham yang bila difikirkan balik.. Aku rasa kita org ni macam budak2.. Hrmm.. But itu juga yg mengajar aku bahawa kawan ni tak sama dan tak tahu apa kehendak kita.. Kalau part jaga hati tu, some people je yang bleh jaga hati kita dengan betul2 ikhlas.. Others, aku rasa dalam masa yg sama die akan tell other people what they hate about me.. Kawan, tak semua yang berterus terang.. Aku rasa ada personality kita telah memberi hint kepada kawan tu, bagaimana untuk ambil hati, bergurau, gossip or else.. But semua tu susah nak lihat dalam kawan2 kita ni.. Mereka nak kita yang jaga mereka.. Give and take la.. If aku boleh bergurau and make fun, why not you?? Kawan, Sahabat, Rakan?? Aku tah tahu le nak bezakan.. But sama je bagi aku.. Tiada yg lebih dari one word..

Masa aku kecil, aku kawan je ngan semua org.. But conflict start masa aku sekolah.. Masa childhood aku tiada masalah.. Hrmmm... Masa aku kat Sekolah Rendah Sri Keledang, SKC, Slim River.. Aku kawan ngan semua org.. Until ada yang suka kat aku.. Ala.. Itu masa kecil, aku tak fikir itu cinta pandang pertama.. But that boys bila ada kat kelas je muka dia merah padam.. Hahahaha.. Aku dapat tahu pun dari kawan aku.. Nama dia hidayah.. Balik sekolah mesti aku tumpang basikal die.. Tapi aku yang kayuh.. Hehehe.. Seronok masa tu.. Aku pi mengaji ngan abg2 and kakak2 sedara.. Time maghrib kan gelap.. Die org takut2kan aku.. Tinggalkan aku kat tepi semak.. Siap cakap nanti ada "babi hutan" sondol.. Waaa.. Nangis aku pi mengaji masa tu.. Masa tu aku 9 years old jer.. But nakal.. Panjat pokok mangga mak long aku... dan dah pandai masak.. Masak telur goreng macam masak sayur campur.. Pung pang.. Hehehe.. Dia yang ajar.. Kakak2 and abang sedara aku tu ibarat kawan yang rapat sangat bg aku.. Mereka ada je bila aku perlukan.. So, aku berpindah..

Time begins... Masa aku sekolah rendah kat Sekolah Rendah Kebangsaan Alam Shah, Petaling Jaya dulu la start kawan jadi lawan.. Aku ni macam tomboy skit.. Kawan ngan lelaki je.. Sebab aku tak akil baligh lagi.. Hehehe.. So girls yang dah akil baligh tu rasa tercabar ngan aku, sebab aku mudah berkawan ngan budak2 lelaki.. Aku rasa aku masih kidz lagi tau.. So, aku tak dapat rasa sense yang ada org dengki and iri hati.. Bg aku macam pelik la kan. If you want get friends, just start it.. Why should wait the boys to say "hi, can we be friend",.. You are just 10 years old.. So damn on that time.. Then aku beralah, aku tak la rapat ngan bebudak lelaki.. Tak main kejar2 and every Pendidikan Jasmani, aku dah tak main bola or rounders ngan boys... After that, mak aku dah bising2.. Then aku kawan ngan bebudak perempuan je la.. Ala-ala group spice girl.. Masa tu aku 11 years old.. Aku tak tahu aku ni ahli terlebih.. But they invite me to be "Baby spice".. Hahaha.. Aku rasa kelakar la bila cerita ni semua balik.. Hrmm.. One of them, i remember one chinese girl tak berpuas hati when aku rapat ngan group tu.. Than she call me "bustard",... Fuuyoh.. Aku ingat nama dia tau.. Nama dia Sharon.. Bengang betul aku masa tu. So, aku taknak start fire, aku tinggalkan la geng tu, masa tu aku tak fikir pun yg aku ada dalam sebuah geng.. I just want to be friend. Yeah.. Its hard to find a friend..

Masa berlalu.. Aku berpindah ke Setapak.. Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Melati. Sekolah baru dan aku adalah budak baru.. Hehehe.. Jumpa kawan baru.. Hrmm.. Aku berkawan ngan Sabariah.. Budak ni bijak dan pandai, sampai sekarang aku still contact.. But die ni dah belajar tinggi sangat dan aku bekerja pula.. Takde masa nak jumpa.. Hrmm.. Masa sekolah tu.. Semuanya baik dan aku tak bergaduh pun ngan die.. But ada minah ni yg sesibuk nak kawan ngan sabariah.. Aku tak kesah pun... Sebab aku aktif hockey masa tu.. Maybe Sabariah need more friends.. So, aku biar je la.. Tapi si "minah" ni buat Sabariah jauh dari aku... Aku pun tak faham la apa jenis persahabatan yg "minah" ni cuba buat.. Nasib baik si Sabariah ni stick with me and just let she do.. Tapi nak buat macam mana lagi kan kalau dah hari2 bersama, tak mustahil "minah" tu ada kutuk2 aku and jadi batu api.. Korang sedar tak, only 12, 13 years old dah start jadi busuk hati.. So aku biarkan mereka and starts with new friends...

Masa form 1 aku suka tengok style bebudak ni... Jehan, Tini, Aize, A'a, and Fajar.. Best jer.. Aku kawan gak ngan die org.. But "minah" ni pun ada sekali dalam kelas aku and she make the same situation.. So aku beralah la.. Seriously aku suka geng die org.. Until now they stick together.. But aku jer yg takde kawan.. Sebab semuanya nak lawan ngan aku.. Ntah ape2 tah.. Pelajaran merosot dan aku pergi ke kelas agak hujung skit.. Hrmm.. Sekarang aku terfikir, kenapa biarkan perkara macam tu berlaku?? Selama 5 tahun aku biarkan.. Hrmmm.. Bodohnye aku.. Masa aku kat kelas belakang aka hujung tu.. Aku kawan ngan bebudak nakal.. Apa2 hal kesilapan yg kecil, contohnya ko tngah buat presentation.. Kena cari group.. But aku dah ada group.. Takkan nk gaduh pasal tu? Dekat kelas taknak cakap.. Tapi nk gaduh kat luar.. So bleh plak si Amira ni nak gaduh.. Siap bawak boyfriend mat rempit lagi.. Masa tu aku form 2.. Serious pengalaman masa tu buat aku terfikir yg dunia ni memang penuh ngan manusia tidak berotak.. Before this amira was my friend.. After incident tu, aku dah tawar hati nak kawan ngan dia.. Aku malas nak campur ngan org bukan2..

Form 4 and Form 5 aku dapat kelas best.. Ada bebudak yg best.. Agaknya tuhan makbulkan doa aku.. Aku ada jehan, a'a, farhah, fajar, aishah, zaty and else.. Aku berkawan ngan semua org.. Tapi masa sekolah ni la wujud geng.. Sebenarnya aku tak suka la geng.. Bila aku pi kat jehan, si zaty and the geng cakap aku ni lalang.. Aku tak faham la.. Maybe aku ni berfikiran ke hadapan.. Tapi malas nak fikir selanjutnya dan tak nak gunakan kelebihan yang aku ada.. Everybody tell me yang aku ni best friend zaty.. Tapi sebenarnya tidak.. Aku nak kawan ngan semua org.. Bila aku kawan ngan zaty, kawan2 die tak suka plak.. So aku kawan ngan sepupu aku.. Aiem.. Die lelaki tau.. Aku kawan ngan die, dapat kawan lelaki yg lain juga.. So, bebudak kelas aku yg adore kat lelaki2 yg aku kawan ni... Tetiba baik ngan aku.. So, aku ni batu loncatan la?? Aku tak suka situasi time tu..

Masa aku tngah tunggu keputusan SPM, aku try keje kat watsons.. Aku masuk Kolej, Aku bekerja.. Perkara yg sama juga berulang.. Tapi dengan org lain la.. Kumpul kawan ramai2.. Kita akan tahu rentak manusia ni.. Tapi aku tak faham kenapa org macam tak suka je aku lebih atau aku ni dapat kawan yg best... Dan akhirnya aku bersendirian lagi sampai hari ni.. Hrmm..

Buat pengetahuan korang lagi sekali, aku suka berkawan ngan org yg bleh membantu aku dari segi pelajaran, pekerjaan dan semangat.. Aku susah nak kawan ngan bebudak sengal and blur.. Sebab nanti aku akan confuse.. Cuma yg menguatkan aku adalah kisah family aku.. So sampai sekarang aku masih mencari kawan yg bleh bangunkan aku.. Eventhough dalam keadaan yg ada org tak berapa suka.. Warning for them.. "If you starts the fight and fire, you will on that fight and fire that you made"...

Conclusion nye.. Kawan ni banyak yang jealous ngan diri aku dan please dont talk about me at the back.. Just step forward and tell me what is in your mind.. Kebanyakan org yg aku percaya dan sayang, aku tak panggil mereka kawan.. Aku akan labelkan mereka seperti adik beradik.. Or Saudara.. You can hear when i call somebody kak long, kak ngah, papa, mama, abg lang and else..

Abg Bob - Papa @ Abg Long
Kak Sal - Kak Long @ Mama @ Onyang
Abg Zaid - Abg Lang
Kak Rina - Kak Ngah
Kak Alice - Mrs Bean
Abg Shah - Abang.....
Syam - Budak kecik @ adik..

Aku pun takleh nak harap yg die org yg 7 org kat atas ni bleh bertahan ngan aku.. Mana la tau mereka tak suka kat aku.. Ntah la... Bukannya aku harapkan die org selalu layan dan bersama aku.. But, aku nak some "care" feeling when with them.. Some times aku rasa macam org asing je.. Nasib baik kak long nasihatkan aku jangan terikut2 perangai budak2.. Hrmm.. Sometimes mesti ada rasa sensitif kat dalam diri aku.. Tapi kebanyakannya "ada aku heran??" Hehehe..

If im being rude at you.. Please forgive me..

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails