Pages

Monday, August 17, 2009

Girl fight?? Hrmm..



Hari ni aku nak bercerita la sikit.. Ala2 macam meluahkan perasaan lah skit.. Pasal masalah kat tempat keje.. Siapa yg baca ni, harap korang berfikir dan tak payah lah panjang2 kan cerita ni.. But please comment and give advice.. Incident tu membuatkan aku tak tentu arah seketika.. Sebab melibatkan hati dan perasaan org.. Aku taknak la punca aku tak masuk syurga disebabkan kes ini..

Pagi td aku pi keje.. Lewat la sampai office.. Dalam jam 7.30am.. Sepatutnya aku kena sampai ja 7.00 am.. Aku tak sangka akan jd satu pertengkaran mulut pada pagi tu.. But bukan disebabkan kelewatan aku.. Hrmm.. Aku adalah diantara staff yg termuda didalam office aku.. Muda aku pun dah banyak pengalaman aku lalui.. Kalau korang nak berlagak ngan kisah family? harta? kekayaan? kerjaya? pelajaran? dan sebagainya.. aku dah rasa semua itu dan aku tak heran sangat ngan cerita korang.. So, aku just boleh bg advice... Hrmmm.. Berbalik cerita td..

Aku seperti biasa bersiap sedia untuk bekerja.. Hari ni aku buat order.. So, agak busy la.. Tapi aku tak pernah menganggap kerja aku tu rumit dan aku enjoy dengan kerja aku.. Sebab tu aku bertahan di tempat kerja itu sampai sekarang.. Kerja aku ni banyak base on call.. Angkat telephone.. Solve internal problem.. Agak busy la kan.. Pagi tu aku bukan nak cari pasal.. Niat aku nak tegur cara baik.. Memandangkan kami berdua ke ada dalam office.. Aku tegur la "akak dah la bergayut tu, keje la..".. Aku tak rasa nada suara aku seperti maki org atau nada tinggi.. So, apa salahnya aku tegur.. Every morning kat office mesti busy.. Hrmm.. after dia letak telefon, aku ingat takde apa2 la kan.. Then the fire burning.. Dia tanya aku "ada masalah ngan akak ke? dari semalam ko tak puas hati ngan akak kan?".. Aku dah pelik.. bukannya apa.. dari semalam?? hehe... ikotkan dah lama aku perhatikan aksi bergayut die.. dari awal2 masuk keje... Tahun lepas lagi... Maybe dia masuk dari kawan die yg sama perangai yg suka bergayut.. Automatically dia akan menurun perangai yang sama.. Aku pelik betul la ngan org suka bergayut semasa waktu bekerja.. Mana taknya.. If used hp sendiri, takpe la... Ni guna phone company.. Hrmmm..

Aku pun macam terkedu pada mulanya.. Tapi, bila lagi aku nak utarakan beberapa ketidakpuasan hati mengenai cara kerja dia.. Aku cakap "Akak kan tengah kerja, buat je la keje.. Every morning asik bergayut.. Kalau nak bergayut time petang ke malam ke saya tak heran.. Ni time office hour.. Kan busy.." Nada tinggi suara gak laa kan.. Aku dah bengang.. Then dia cakap "ruby tau kan akak ada masalah family? boleh tak jangan masuk campur masalah akak?".. Masa tu dalam kepala aku memang dah berlegar2... Do i close to her? Do i know her family background? Do i desperate want to know?.. Tergelak aku dengar.. Hrmm.. Memang aku dan dia tak berapa rapat kat office.. Because aku lebih suka bekerja.. Malas nak campur aduk.. Itukan periuk nasi yg akan ditimbang di akhirat.. Hrmm... Aku pun balas balik la die cakap.. "Akak ingat saya nak tahu masalah akak?? Keje keje la.. Saya tak ambil tahu dan taknak tahu masalah akak... Habis tu, takkan setiap pagi bergayut ada masalah family kot..".. Hrmm... Sama ada die dengar atau tidak aku dah tak heran.. Yang pasti aku taknak bergaduh ngan org berperangai budak2 dan tak faham tentang komitmen kerja.. Nanti aku pun sama bodoh macam dia..

Hrmm.. Aku rasa masa tu paling sesuai untuk tegur.. Aku taknak malukan dia depan kawan2 dia or rakan sekerja.. If dia rasa teguran depan org ramai bleh buat dia berubah, aku tak kisah la.. Ni confirmed jadi gaduh besar.. Orang yang tak kena mengena pun masuk campur sekali.. Aku gaduh ngan sorang.. dah bleh jadi 6 org plak kan.. Ada yang nak jadi hero.. Siap mengaku kawan.. padahal rapat pun tak ngan bdak tu.. So, nampak sangat mamat tu dah takda kawan.. Kesian.. Hrmm.. Mentaliti kat office aku macam budak2 skit.. Bukan budak2 yg suka melawak.. But "budak2".. Yang kita kena biar apa yg die org buat dan manjakan mereka... Macam mana la nak serasi kan?? Kat office aku ada group yg sampai target KPI dan ada yang tidak.. Yang tidak tulah dalam geng "budak2".. Hrmm.. Susah la nak puaskan hati manusia..

Aku pun dah malas nak perbetulkan manusia ni.. Ni baru tegur tang kerja.. Kalau tang agama? Aduh.. Ya Allah s.w.t.. Sabar je la..

1 comment:

  1. masalah apa ni ruby?? ahaha...tapi aku rasa baik aku tak perlu tau cerita ni...sbb aku tak nak ambil tau bende2 macam ni..ahahaha..cuma nasihat aku, ruby kena banyak bersabar kat office. ruby masih muda, kena byk bersabar n belajar dr kes2 yg mungkin menyebabkan hati ruby sakit.aku pun pernah lalui bende2 macam ni ruby...ada masa kita bg chances pada org lain menang. mmg sakit hati tapi bersabar. x semestinya kita diam, dorg tu betul kan ??? 1 day, org tu akan sedar sendiri & akan terkena balik. kalau org makan taik, ko jangan makan taik. that mean, kalau org tu buat hal, kalau ko dah tau respon dia macamana, ko abaikan je. teruskan je kerja ko ruby wlupun byk kerja. siapkan kerja setakat yg kita mampu & selagi waktu bekerja. x payah nak usik2 dorg. ok, sy nak komen pasal tempat kerja eh...kat mana2 kita kerja pun mesti ada masalah ruby. tp sinilah ruby kena belajar nak bezakan masalah peribadi, family n kerja. kalau ruby nak jadi org yg profesional...sepatutnya masalah family tak kan menjadi isu sewaktu bekerja. di luar waktu bekerja, takpe. aku tak nak tau dgn siapa ruby bertekak....tapi kita sama2 lah bersabar n belajar dr kesilapan...biar org lain buat perangai, jangan kita yg buat perangai. org nak sakitkan hati kita, SILAKAN...tetapkan hati ruby...kita dtg office untuk kerja, dpt duit. ruby nak tegur org lain ...takde masalah...tapi kalau org tak boleh accept, its up to them lah ruby...biar lah dorg dgn tabiat masing2....SABARRRRR YA RUBY....

    ReplyDelete

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails