Pages

Thursday, September 24, 2009

Saya Nak Jadi Pembantu Rumah untuk rakyat malaysia.

Assalammualaikum semua.. Kali ni saya nak bincangkan sikit isu semasa yang melanda negara kita Malaysia.. Mengenai isu pembantu rumah indonesia yang meminta bayaran sebanyak RM 800 sebulan sebagai gaji mereka.. Fuh.. Jumlah tu cukup banyak,.. Sangat banyak bagi saya.. Mana taknya, dengan kos-kos utiliti, kos perbelanjaan lagi dah berapa gaji saya ditolak.. Belanjawan bulanan la katakan.. Hrmm.. Rakyat Malaysia menjaga belanjawan tiap2 bulan.. Jika rm 800 untuk pembantu rumah Indonesia yang telah mendapat pelbagai faedah selama menjadi pembantu rumah di Malaysia, sungguh tidak logik dengan gaji RM 800.. Rakyat Malaysia yang bekerja di sektor F&B pun dapat gaji dalam RM 600 hingga RM 800 sahaja, ditambah dengan overtime, mungkin la akan cecah RM 1000 gaji nyer.. Itu pun kena bersusah payah melayan customer, mengelap meja, melayan pelancong asing lagi.. Keje shift lagi tau.. Hrmm...

Pembantu rumah Indonesia diberi tempat tinggal, makan, minum, tempat tidur, bilik sendiri, kerja mereka basuh kain, jaga anak tuan rumah, masak jika perlu kerana ibu2 di Malaysia biasanya akan masak sendiri... Kenapa keterlaluan meminta itu ini?? Bersyukurlah dengan keamanan di Malaysia ni.. Walaupun ramai rakyat Malaysia seperti kaya raya, memiliki kenderaan, pekerjaan bagus, tetapi itu dari hasil titik peluh mengumpul wang dengan bekerja mencari rezeki halal.. Saya rasa menteri2 pun tak sanggup nak bayar gaji mereka sebanyak itu.. Lebih baik mereka bagi dekat anak mereka untuk berbelanja.. Lagi puas hati..

Banyak isu pembantu rumah yang kita sebagai rakyat hanya tutup mulut untuk tidak memberitahu.. Cara menjaga anak tuan rumah, dengan malasnya, tengok tv pada sebelah petang, banyak rancangan indonesia di tv.. Apabila tuan rumah pulang, buat2 rajin.. Jika ada pon pembantu rumah Indonesia yang bertugas dan berfikir ingin mencari rezeki yang halal, hanya 1 : 10 sahaja pembantu rumah dari indonesia nih yang betul2 rajin..

Anda semua boleh search di youtube apa yang mereka telah lakukan.. Penderaan dekat kanak2 dan memporak perandakan rumah tangga tuan rumah.. Saya tahu ada juga rakyat Malaysia yang memberi layanan burok.. Masing2 ada agensi kan?? Laporkan sahaja.. Tetapi, kenapa bila pembantu kena dera, media indonesia memperbesarkan isu dan memberi pendapat yang tidak wajar.. Mengapa ingin menambahkan garam lagi??

Saya ada satu cadangan, apa kata kerajaan hantar jer balik semua pembantu rumah Indonesia nih ke negara mereka.. Saya sanggup menjadi pembantu rumah secara shift.. Saya berpendidikan diploma, tahu memasak, mengemas, basuh kain, mop lantai, menjaga bayi cumil, budak2 dan lain2 kerja penjagaan rumah.. Lebih educated dari pembantu rumah indonesia.. Ramai lagi rakyat Malaysia yang ingin kumpul duit.. Dengan cara separuh masa itu pun dah dapat membantu rakyat kita sendiri..

Saya paling kasihan dengan pasangan yang baru mendapat baby.. Pasangan yang bekerja dan tidak dapat menjaga anak dan menguruskan rumah... pmbantu rumah lah yang mereka perlukan.. Gaji kecil dan berusaha untuk memperbaiki kehidupan untuk lebih selesa, apabila dibeban dengan gaji pembantu RM 800.. Saya rasa, banyak institusi kekeluargaan masuk dalam rancangan kat tv3 "Bersamamu"..

Banyak cara jika anda ingin pembantu rumah Malaysian, anda sendiri tahu dimana lokasi tempat tinggal.. Macam pembantu Indonesia tu, ada yang lari balik Indonesia, nak cari kat mana??? Kalau di Malaysia, tempat tinggal tuan rumah tahu.. Setiap tuan rumah yang ingin khidmat pembantu rumah rakyat Malaysia boleh la register ke Persatuan Pembantu Rumah Rakyat Malaysia (bakal ditubuhkan oleh kerajaan).. hehe.. Segala info diketahui oleh tuan rumah dan juga pembantu rumah tersebut... Semuanya dibawah pengawasan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.. Jadi tiada siapa yang boleh berlebih2 dan buat perangai apabila sudah ada sistem...

Pembantu rumah pun kerja ikut waktu shift ke, atau kerja pada waktu tuan rumah pergi kerja.. Apabila tuan rumah pulang.. Anda pun pulang la ke rumah.. Bayaran bulan2 la senang kan.. Tiada siapa yang boleh lari dari membayar.. Kerana anda sudah mendaftar dengan institusi yang diamanahkan oleh kerajaan.. Semuanya adalah rakyat Malaysia.. Pembantu rumah educated adalah rakyat Malaysia.. Saya berhempas pulas bekerja siang malam untuk mendapat gaji lebih... Dengan rezeki Allah s.w.t berikan, saya pasti ramai yang ingin menjadi pembantu rumah.. Dari kalangan rakyat Malaysia,.. Kunci kejayaan untuk bekerja adalah jujur.. Jika jujur, tiada masalah yang akan timbul semasa menjaga rumah orang..

Bukannya saya ingin mengeruhkan keadaan, tapi cuba lah fikir dengan keadaan ekonomi sekarang dan keadaan negara ni.. Kerajaan mencuba sedaya upaya untuk beri keselesaan kepada rakyat.. Kenapa "mereka" ingin porak perandakan negara Malaysia?? Apakah agenda mereka?? Bersyukurlah dengan peluang dari rakyat Malaysia telah berikan kepada kamu Indonesia..

** rasa nak buka nursery jaga anak2 dikawasan perumahan.. hrmm.. dalam proses pembikinan..

**maaf jika saya berlebih2 didalam sentuhan cerita kali ini.. ini adalah luahan hati saya.. Peace no war!!!

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails