Pages

Thursday, October 29, 2009

10 tips untuk turunkan berat badan secara semulajadi

1.PANJANGKAN MASA MAKAN ANDA
Untuk pengetahuan anda, untuk mengalakkan kita rasa lapar dan dapat mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan walaupun anda mengambil makanan yang sedikit, anda boleh panjangkan masa makan anda. Iaitu anda boleh makan dan mengunyah dengan perlahan sambil menikmati makanan anda. ini akan membuat anda rasa lebih kenyang. Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W iaitu mengunyah sebayak 44 kali.

2.MINUM BANYAK AIR KOSONG
Minum air kosong dengan banyak adalah amat penting untuk meningkatkan metabolisma dalam badan kita. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tapi sebaiknya lebih. Apatah lagi pengambilan Jusmate 5 menggalakkan kita minum air kosong dengan banyak.Kita harus ingat metabolisma adalah amat penting dalam proses penurunan berat badan.Air kosong tidak mempunyai kalori, pengambilan yang banyak pun tidak kan menjejaskan berat badan. Salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan air ialah dengan meminum segelas besar air ais (kosong) sebelum makan untuk mengecilkan perut anda agar dapat kenyang cepat.

3.MESTI ADA KEYAKINAN DIRI
Untuk menurunkan berat badan anda perlu ada keyakinan diri yang tinggi. Bukan mudah untuk kita mengubah rutin harian kita. Kita mesti yakin yang kita mampu dan kita mesti tanamkan keazaman serta matlamat kenapa hendak kurus. Pastikan anda mempunyai diari anda sendiri.

4.REMPAH RATUS DALAM MAKANAN
Apabila kita dalam program diet rendah lemak atau bebas lemak, sudah tentu kita akan mengurangkan banyak perasa di dalam makanan kita. Untuk menambahkan perisa di dalam makanan di samping memberi rasa yang enak. Anda digalakkan menggunakan herba dan rempah ratus sebagai contoh cuka, bawang, serbuk cili, serbuk kari, rosemerry, lada hitam atau apa sahaja rempah. Selain memberi rasa ianya juga dapat meningkatkan metabolisma. Anda boleh melakukan eksperimen sehingga anda menjumpai agbungn herba yang enak.

5.MAKANAN PEDAS
Makanan yang pedas dapat meningkatkan metabolisma anda. Tapi inngat jangan terlalu berlebihan nanti akan memudaratkan kesihatan.

6.JAUHKAN RASA TERTEKAN
Apabila anda ingin menurunkan berat badan jauhkan rasa tertekan kerana dengan rasa tertekan ini berat badan anda sukar untuk turun.

7. MINUMAN BERKAFEIN
Minuman berkafein adalah musuh anda jika anda sedang berdiet ini kerana kafein meningkatkan insulin di dalam badan anda dan menghentikan proses pembakaran lemak di dalam badan. Jika anda menghentikan pengambilan minuman berkafein sebanyak 50%, anda boleh lihat sendiri kesannya. Ini adalah antara jumlah kafein di dalam minuman seharian anda :-Brewed coffee (6 oz. cawan) – 100mg; Instant coffee (6 oz.) – 70mg; Teh (6 oz.) – 50mg; Minuman bergas (12oz.) – (Coke, Dr. Pepper, Mountain Dew) – 50mg; Dark chocolate (1 oz.) – 20mg dan Milk chocolate (1 oz.) – 6mg.

8.MAKANAN SERAT TINGGI
Makanlah makanan yang mempunyai serat yang tinggi kerana ia membantu untuk anda rasa kenyang lebih cepat dan memudahkan anda membuang (masuk tandas).

9.SENAMAN
Senaman adalah antara aktiviti yang boleh meningkatkan metabolisma dan juga membakar lemak dengan cepat. sekurag-kurangnya 20 minit tanpa henti. Senaman yang paling bagus adalah ketika perut kosong iaitu selas 2 jam makan. Senaman yang paling efektif adalah pada sebelum makan malam iaitu pada waktu petang, dan yang kedua baguis adalah waktu pagi sebelum sarapan. Tapi sebelum senaman mesti makan sedikit untuk mengaktifkan metabolisma. Kajian menunjukkan metabolisma kita akan menurun 8 jam selepas kita bangun tidur.Senaman selama 30 minit sebelum makan malam bukan sahaja membakar lemak malah mampu meningkatkan metabolisma selama lebih dua atau tiga jam lagi. Ini mampu membakar lemak anda walaupun anda berhenti bersenam.

10.JANGAN TINGGALKAN WAKTU MAKAN
untuk menurunkan berat badan dengan cepat jangan tinggalkan waktu makan.Sarapan pagi adalah penting untuk “mengejutkan” metabolisma anda dari tidur. Metabolisma kita akan perlahan selepas 8 jam, untuk mengejutkan balik kita hendaklah makan. Tapi makanan yang betul amat penting. makan yang sihat, tidak berlemak mampu mengaktifkan metabolisma anda.Jadi jangan membazirkan masa anda dengan tidak makan, “kerana anda tidak akan mengejutkan metabolisma anda dari tidur. jadi dengan itu ianya tidak dapat berkerja dengan baik.”

***sumber dari kak kierah yang berjaya menurunkan berat badan dari 86kg ke 63 kg dalam masa 13 minggu dengan penggunaan JDM5..




No comments:

Post a Comment

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails