Pages

Friday, October 23, 2009

Hadiah Hari Lahir Ku, Naim Sponsor Jus Diet Mate 5.!!

Adoi.. Sebenarnya aku segan dan lucu gak bila cerita pasal ni... Hehehe.. Bukannya naim dok merungut ngan rupa paras aku.. Tapi aku yang merungut.. Ayat ni asik keluar dari mulut ku "org dah gemok.. orang dah gemok.. org dah gemok.." hehehe.. Tak sangka dia nak sponsor JDM5 (Jus Diet Mate 5).. Hehehe.. Ingatkan kotak besar ni apa la hadiahnya.. Sekali Jusmate.. Hehehe.. Betapa Gembiranya aku.. Nak beli sendiri tak mampu, so terima kasih bebanyak ye sayang... Aku akan sahut cabaran langsing ni bermula hari ini 24 Oct 2009..


Naim cakap aku dah jadi ahli.. Sebab dia beli 3 kotak.. Next time, kalau nak beli sendiri RM 150 sahaja,.. Sesiapa yang berminat nak beli Jusmate 5 nih.. Boleh contact aku k.. Kita sama2 jadi ahli dan kuruskan badan.. Aku akan update setiap rutin harian aku dan yang paling penting.. Aku akan tunjukkan perubahan aku pada masa akan datang.. Maybe End of November.. Ingat!! Pic selepas sebulan akan datang bukan super impose tau!! Hehehe..



Kalau korang tngok dari gambar nih.. Mesti korang cakap badan aku ok je kan.. Sebenarnya tidak.. Hanya pemilik badan jer tahu betapa siksanya, Paling bengang, bila baju dan seluar dah tak boleh pakai.. Ketat, Sendat dan bla bla.. Bila penampilan dah terganggu dek perot yang maju kehadapan... Hrmm.. Ni cerita sebenar dari diri aku tau.. Aku kalau berdiri leh la cover perut tu.. Just buncit skit jer.. But.. when aku duduk.. Memang x dapat nak dielakkan perot aku tuh.. Dah macam spare tyre.. Sampaikan budak office cakap, aku punya perot dah sama besar ngan breast aku!! Hahaha.. Memang agak sensitif skit hal ni. Why not kita ambil segala komen sebagai pembakar semangat.. Korang juga tahu penyebab breast cancer adalah dari lemak yang berlebihan dalam badan kan.. So, dari sudut situ pun aku takut juga,,.. Di Malaysia, 1 nisbah 6 risiko mendapat breast cancer.. Hrmm.. Kita sebagai manusia nih, jaga la apa yang telah diberi oleh Allah s.w.t.. Masa kecil dulu korang gemok ke?? Tak kan... So, silap siapa sekarang ni? Bukan takdir tau kalau badan gemok nih.. Ni dari pemakanan dan corak kehidupan yang kita pilih sendiri tau.. Aku nak jaga aset2 yang Allah s.w.t telah beri ni.. InsyaAllah.. Tapi kalau dah cara aku meninggalkan dunia ni disebabkan cancer, aku redha.. Kesakitan itu penghapus dosa.. Dalam sakit tu kita membayar perubatan dan semuanya, cara itu juga Allah nak kita korban harta yang kita ada.. Semua itu adalah Qada' dan QadarNya..

Kepada semua pembaca yang disayangi.. Support la saya skit... Saya sahut cabaran anda semua untuk turunkan berat badan!! Tiada lagi ejekan dan bonjolan.. Hehehe..

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails