Pages

Tuesday, October 27, 2009

Pemerintahan Kuku Besi!!!

Assalammualaikum dan hai semua...

Hari ni aku nak cerita sikit la.. Mengenai kehidupan.. Mengenai manusia yang bongkak dan tak bersyukur dengan rezeki yang sedia ada.. Sedangkan rezeki yang Allah s.w.t beri kepada dia amatlah lebih daripada org lain.. Kadang2 aku terfikir, kenapa dia dianugerahkan rezeki sebegitu rupa.. Sedangkan dia tak bersolat dan berdoa pun kepada Allah s.w.t untuk meminta sesuatu.. Untuk berterima kasih kepada Allah s.w.t?? Jauh sekali.. Setiap apa yang dia dapat, dia akan hebahkan dan membuat org lain bengang..

Bukannya perasaan dengki atau cemburu, tetapi sebagai manusia yang biasa di muka bumi Allah s.w.t nih.. apa salahnya bantu membantu sesama insan.. Hrmm.. Tak payah la nak tunggu bantu sesama kaum yang lain, diberikan pelbagai alasan nanti.. Bantu sesama melayu?? Jauh sekali.. Melayu dianggap saingan.. Jika terlebih skit harta dunia ni.. Dia akan bersaing untuk mendapat tempat pertama!! Aku pun tak paham lah manusia jenis apa nih.. Aku terfikir, dia bernasib baik kerana dia anak yatim kot.. Ntahla.. Aku bukannya tahu status keluarga dia yang sebenar.. Tak ambil tahu.. Aku tau buat kerja aku jer..

Aku berfikiran positif terhadap apa yang berlaku.. Selalu berfikir, "owh org tu ada masalah, mesti dia memerlukan duit yang lebih.." Aku tak kisah.. Tetapi kenapa setiap kali aku mengerah kudrat badan ku ini untuk mencari duit lebih, mereka iri hati dan menjadikan bahan untuk sakitkan hati org lain, dan mengakibatkan perkara tersebut "boom!!".. meletup bagai bom atom.. Perkara kecil diperbesarkan.. Dan kenapa org yang mendengar dari mulut org lain tidak bertanya dekat aku sendiri?? Kenapa nak percaya cakap2 dalam geng tersebut?? Baik sangatkan mereka?? Well, mereka tak rasa lagi ada komitmen dan aku rasa la, mereka ni manusia yang tidak ada rasa tanggungjawab... Thats why, mulut tu asik nak merungut, sedangkan kualiti kerja mereka macam sampah dan kalau bekerja di tempat lain pun, takda siapa nak amik... Setakat interview je la.. Hrmmm...

Aku hanya tunggu Allah s.w.t je yang membalas apa yang mereka telah buat.. Dari mengambil rezeki yang haram tu, apa lah agaknya Allah s.w.t tu akan balas.. Balasan di dunia dan akhirat.. Hrmm.. Aku bekerja untuk menampung kehidupan.. Dengan muka tak malu minta additional OT.. Setiap kali minta, ada je mata2 tak puas hati nak tengok and pasang telinga.. Hrmm.. Walaupun rezeki additional OT ni percaturan aku, sebab aku nak.. Aku yang susah, ada ke die org nak bg duit?? Hrmm.. Pikir la sendiri.. Bila kerja, Aku jadi puas hati, sebab aku kerja,.. Seluruh anggota badan aku bekerja.. Itu pon nak jeles?.. Daripada korang yang asik tido, aku biarkan je.. Sebab masing2 ada kesilapan sendiri, sama ada nak sedar atau pun tidak.. Kenapa la aku berjumpa dengan manusia macam ni di muka bumi ni.. Mungkin Allah s.w.t nak aku mendapat pengalaman dengan pelbagai ragam manusia.. Nanti bila aku dah "melangkah jauh", aku lebih pandai memilih rakan..

Bila rezeki haram dah selalu diambil, dan hanya inginkan kepentingan diri sendiri di bangga2kan.. Aku harap org tu sedar la.. Aku ni dah lama makan hati kerja macam ni.. Adakah mereka tak tahu apa maksud kerja "Helpdesk"...??. Pegi search dekat wikipedia la wei.. Ni bukannya kerja nak mengurat bos untuk kepentingan diri sendiri. Kalau muka ko cantik, boleh la kan,.. Ni macam "jamban".. Aku tak kacau kehidupan ko, jangan la nak kacau kehidupan dan karier org lain.. Nanti terkena diri sendiri, mula lah mengadu domba kat org lain.. Meraih simpati.. Kenapa la sampai begini teruk keadaan tempat kerja aku.. Hrmm.. Aku pun tak paham la.. Bila aku dapat gaji lebih, mereka PHD "Perasaan Hasad Dengki"..

Helpdesk adalah satu department dan juga team, atau kalau tak paham "kumpulan" yang bekerjasama.. Jangan ingat ada puak kat dalam tu, ko dah rerror.. Its nothing if ko tak laksanakan kerja sebaik mungkin... Kerja ko macam hampas juga.. Setiap kesilapan report boleh diperbetulkan , kerana kita satu team.. Kenapa tiap kali staff yang bukan geng korang buat kesilapan report, korang nak besarkan isu?? "Salah report la!!" Wah.. kalau geng korang, pandai korang cover eh?? Baca ni.. Aku bukan lah jenis perangai macam syaitan tu nak buat kerja tak berfaedah.. Kalau nak diikutkan, report korang lagi tunggang langgang.. Dengan bahasa inggeris ntah kemana.. Lepas tu, bila tak tahu nak buat report taknak bertanya.. Main submit ikut suka hati.. Hrmmm.. Belajar la "Listen and Learn" daripada ko duk megah ngan diri sendiri dan mendapat rezeki haram!!

Takpelah jika ketua dalam bilik tak "fare and square".. Tak adil, menaikkan pangkat dekat org yang kipas bontot dia sahaja sedangkan keje takda kualiti.. Additional OT pon bila nak bagi kena dengar pendapat "org" sejak akhir2 ni.. Takpelah aku redha dengan kerja macam ni.. Melayu mudah lupa.. Aku dah lebih mengenali perangai mereka semua setelah aku berhenti dan masuk balik kerja disitu.. Jangan ingat aku tak tahu apa yang berlaku, apa yang ko cakap kat mulut ko?? Sampai hari ni aku menyampah dengan kau, walaupun aku baik dengan ko.. Aku memang pemaaf, tetapi.. bila benda nih meletus balik, tengok muka korang aku dah meluat...

Ingat!! Rezeki ni semua dari Allah s.w.t.. Manusia yang baik juga dari Allah s.w.t.. Tetapi kalau perangai PHD and tahu nak mengada jer dan meraih simpati dengan taktik kotor ko.. Itu dari perangai Iblis, Syaitan Laknatullah...

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails