Pages

Sunday, October 11, 2009

Peringatan : Jangan Pergi Gerai Tepi Jalan kat Flat Sri Kedah, Gombak Setia.

Assalammualaikum kawan2... aku tak tau la apa malang nasib aku ni semalam.. Sebelum ni gerai mamak bg makanan basi.. Ni plak tengahari semalam (10 Oktober 2009).. Adik bongsu aku lapar.. Nak pi makan.. Aku suruh dia beli nasi ayam kat area Flat Sri Langkawi, Gombak.. Area situ memang aku dah biasa beli.. Dan masih bersih la kan.. Azaan Tom Yam, Putra Tom Yam, Rose Tom Yam.. Tu memang tempat aku rajin beli makanan.. Kalau letih balik kerja and perot lapar, aku tapau kat situ jer..

Kali ni aku tak tau la apa mimpi adik aku pi beli Nasi Ayam Dara kat selekoh nak masuk Flat Sri Kedah... Aku plak order Nasi Ayam.. Ntah mana datang dara nyer.. Hahaha.. Masa dia balik, dia bg aku nasi tu.. Dalam kepala dah set Nasi Ayam, yang datang Nasi Ayam Dara.. Pada mulanya marah gak la kan.. Then dengar jap dia explain, rupanya2 tukang bungkus tu pekak and tuli kot.. Lain yang diminta, lain yang dibagi.. Hrmmm..

Aku pun nak makan la kan.. Baca بسم الله الرحمن الرحيم.. , pastu aku baca doa makan.. Dah sesuap makan.. Aku pun nak le amik rempah2 tu and gaul kat semua nasi.. Sekali aku nampak langau yang digoreng bersama ayam berempah tu.. Adoii... Muntah la jawabnyer.. Apa punya kotor la kedai tu.. Aku pernah pergi kedai tu masa zaman sekolah, beli nasi campur.. Ada telur lalat.. Terus aku tak pergi.. Aiya.. Adik aku plak dah pergi beli semalam...

Adik aku pegi kedai tu balik, siap bawak nasi tu balik.. Bukannya nak gadoh.. Siap adik aku cakap elok2.. Pekerja kedai tu tak percaya and cakap adik aku sengaja letak.. Aik!! Rumah aku takde plak bela langau besar macam tu!!! Korang jangan pergi kedai tu woi.. Aku tengok pekerja dia pun pengotor je..

Kedai tu berdepan ngan Madrasah Mutaqin..

Kat kedai tu, rajin pemandu2 teksi melepak.. Tak kira bulan apa.. Bulan puasa pon pemandu teksi tu pon ada!!


.langau tau, bukan lalat.


No comments:

Post a Comment

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails