Pages

Saturday, November 14, 2009

My Career Fair 2009 on 13th - 15th Nov 2009 @ PWTC [update]

Assalammualaikum dan hai semua.. Maaf lambat update pasal career fair ni eh.. Letih sangat tadi.. Hmmm.. Tadi masa pergi pameran pengantin, aku singgah la kat My Careee Fair 2009 kat tingkat atas.. Punya la ramai org.. Ni skit guidline aku bg tahu.. Sebab aku dah terkena, aku tak bawak pen.. hehe....

Pastikan korang bawak resume lengkap beserta gambar. Maybe mereka akan cakap "if takda gambar takpa.. Sebab bila kami call, bawa gambar and sijil sekali k". Korang tahu tak betapa sikit peratusnya untuk dapat kerja..

Dari segi pakaian aku tngok tadi macam2 yang die org pakai... Bedal jer.. Hehehe.. Pakai baju kurung kalau nak selamat.. Tapi hari Ahad ramai org.. Korang pakai kemeja and seluar slack macam aku jer la... Hehehe..

Jangan lupa bawa pen sendiri Ok!

Sebelum masuk dewan tun razak tu, kena isi borang pendaftaran... Masa tu ramai gila org.. Borang dia bersepah2 je kat atas meja yg org ramai duk isi borang tu.. Korang redah je dalam tu.. Mesti berlambak borang.. Bila dah isi borang.. Hantar kat counter pendaftaran,.. Semuanya percuma.. Die org nak survey jer tu... Dapat sticker "Visitor"... Macam aku dapat kat bawah ni...


.visitor sticker.

Sebelum masuk, pastikan korang dah bersedia k.. Qualification dan apa jawatan korang nak.. Banyak company yang dibuka.. Bila isi form, korang maybe dapat notebook, pen, dan goodies bag.. Korang juga dapat benda2 tu semua bila korang drop resume.. Buat la beberapa set resume.. Aku tadi bawa 7 set.. Habis dah... Hehehe..

Bagi yang ada SPM sahaja, ada kerja menanti anda disana.. Jangan risau.. Asalkan rezeki Halal.. Yang ada Degree, jawatan sebagai executive ada menanti anda.. InsyaaAllah..


.ni je gambar yang ada.. ramai org dan sempit!.

Saya nak kongsi cerita skit masa waktu tadi.. Maaf la jika ada yang menganggap itu lumrah hidup.. Tapi saya betul2 kecil hati dan bad mood selepas kejadian itu.. Hrmmm... Ini untuk perlindungan korang juga yer.. Korang bersedia la eh..

Masa mula2 masuk, org dari Kareer.Com kiosk semuanya mesra.. Minta resume and tak kisah pun aku ni ada apa Qualification.. Kerana mereka akan meneliti dalam masa minggu depan.. So, sepatutnyer kiosk lain takda la banyak songeh..

Aku tahu aku SPM Holder sebab aku tak habis lagi belajar kursus Diploma in Information Technology.. Aku kesempitan wang.. Lagi satu semester je yang tinggal.. Aku tngah usahakan nih.. Aku dah extend study selama dua tahun buat pengetahuan korang.. Dari 2005 sampai la sekarang, aku tak dapat lagi segulung diploma.. Tapi Alhamdulillah, aku dapat kerja dengan HQ 7-Eleven.. Sebab masa interview, Mr Fino test aku dengan beberapa soalan mengenai IT, Networking dan my English.. Dia appreciate dengan kehadiran aku di Helpdesk.. Dia nak aku jadi contoh kepada pekerja yang lain dan nak Helpdesk berkembang.. Because dalam office aku ramai Melayu yang tak fasih bahasa Inggeris.. Melalut plak.. Hehehe.. Touching sekejap..

Hrmmm.. Nak dijadikn cerita.. Ada HQ EON Bank kiosk ni,  aku try la nak hantar resume.. But dia tak sediakan box untuk drop resume.. Dia buat pre-interview, tanya skit2 la kan.. Masa time aku tu, dia tanya aku
"ada apa qualification?"
Aku cakap la
"ada Diploma but on the way"
,.. Then dia baca resume aku, and cakap
"owh you takda Diploma, so u SPM Holder"
.. Aku macam pelik plak perempuan tu bleh cakap kuat2.. Sedangkan aku dah bg tahu.. Punya ramai org.. Boleh dia malukan aku macam tu.. Aku pun cakap la,
"a'ah.. tapi on the way.. but its okay, im just trying my luck"..
Then dia cakap..
"Kalau SPM ni dapat clerk je"..
Aku tak kisah kalau dia cakap kat aku je.. Knapa nak cakap kuat2?? Adoi.. panas plak aku masa tu.. Aku jawab dalam keadaan sabar
"Clerk pun takpa.. Sebab saya hanya mencuba nasib.. Sekarang ni pun saya sedang bekerja"..
Hrrmmm.. Aku terus blah dari situ ngan tangan terketar nak lempang org, dan dalam hati aku memang bengang gila.. Aku keje sebagai IT-Helpdesk untuk beberapa tahun dan gaji aku hampir mencecah RM 2000 okay.. Ntah la.. manusia sekarang ni bkan nak merendah diri.. Aku pun tak tau la apa nasib aku.. Macam2 dah menimpa aku.. Tapi aku sabar.. Semoga Allah s.w.t ada disamping aku.. Tenangkanlah hamba mu yang sorang ni..

So, untuk korang semua.. Jika berlaku perkara diatas.. Jangan lupa mengucap dan ucapkanlah AstaghfirullahHallazim banyak kali... Dan tarik nafas dalam2.. Hembus.. Lega sekejap..

Credit to Watson's Personal Care Store Kiosk!! I love ur customer service style and your english Sir.. you make me confidence while dropping my resume!! Remember me? Im applying for Helpdesk Officer...   Hope to see you soon sir!!

Selamat ber-interview dan cari keje yer.. Aku doakan untuk semua pembaca blog aku nih dapat kerja.. Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails