Pages

Sunday, December 20, 2009

Inai bercorak sangat cantik, tapi....

Erkk..
Sedang saya meng-google-ing pasal corak inai pilihan hati..
Saya terjumpa satu forum yang berbincang pasal inai yang bercorak nih..
Selama hari ni saya ingat pemakaian inai yang ada corak tu boleh dalam Islam..
Rupa-rupanya ada hukumnya..
Tak boleh la..
Sebab menyerupai tatoo..
Bahaya ni, dalam diam kita dah berdosa.
Hrmm..
Tapi kenapa jadi trend yer?
Adakah salah butik2 pengantin?
Salah org yang ingin meniru kaum india?
Atau leka dengan perubahan zaman sehinggakan taknak tahu hukum-hukum dalam islam.?
Tapi inai tu cantik bukan?
Ini sangat merbahaya..
Korang pakai inai macam ni je.. Jangan tiru budaya org bukan Islam okeh..





Ini sedikit Info dari JAKIM.


Hukum memakai inai pada asalnya adalah harus. Namun jika pewarna/inai yang digunakan adalah daripada pewarna yang bersifat kekal dan tidak pasti bahan kandungan yang digunakan sama ada halal ataupun tidak, ia adalah dilarang kerana ia sama seperti tatoo.
Walau bagaimanapun, jika lambang atau lukisan yang diperbuat daripada inai tersebut melambangkan ciri-ciri atau tanda-tanda sesuatu yang dilarang di dalam Islam seperti lambang yang berbentuk salib, lambang bagi sesuatu ajaran sesat, lambang bagi sesuatu kumpulan jahat, lambang berbentuk haiwan atau sebagainya ia turut dilarang sekalipun menggunakan inai atau pewarna yang tidak bersifat kekal.
Di samping itu, memakai inai atau seumpama dengannya bukanlah salah satu daripada budaya Islam. Lebih-lebih lagi yang memakai inai ala tatoo, ia adalah pengaruh/budaya hindu dan barat yang kedua-duanya adalah dilarang di dalam Islam. Hal ini dapat dilihat melalui hadis Rasulullah SAW yang menyatakan dengan tegasnya di dalam hadis di bawah ini, maksudnya:
“Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita”.
(Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi).


Sabda baginda lagi:
“Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka”.
(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud).


Selain itu, berikut dinyatakan kaedah pemakaian inai bagi lelaki dan perempuan:
1. Bagi kaum wanita;
- harus memakainya dengan niat sebagai perhiasan diri.
- had pemakaiannya hanya sehingga ke pergelangan tangan sahaja. Jika lebih ia dikira sudah keterlaluan dan ia adalah dilarang.


2. Bagi kaum lelaki;
- ia adalah dilarang jika untuk perhiasan.
- diharuskan memakainya untuk perubatan (cagu).


Manakala hukum mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus sekiranya ia dilakukan bukan bertujuan untuk menggayakan sesuatu fesyen. Selain itu juga, bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut tersebut telah dikenal pasti adalah suci dan halal untuk digunakan.


Ingat mengingati,

16 comments:

  1. Aboi : inai rambut yang warna apa ha?? ni mesti colour rambut kan.. warna merah (serkap jarang).. kan.. kan.. hehe.. inai la balik warna itam.. mesti smart..

    :D

    ReplyDelete
  2. wah..bnyknye info pasal inai..berguna ni

    ReplyDelete
  3. Saiful Naim : amboi.. ni skodeng ke apa hah?? hehe.. berguna untuk kita nanti.. okeh??

    :D

    ReplyDelete
  4. hehehe...betul la 2 syg....:D...bkn slalu skodeng

    ReplyDelete
  5. bukan selalu skodeng?? yeke ni?? hehe.. skodeng jejennyer...

    :P

    ReplyDelete
  6. huhu. baru teringin nak lukis2 satu masa nanti. huhu

    ReplyDelete
  7. nn : xpayah la nampaknya.. back to basic.. hehe.. jom giling inai.. hehe..

    ReplyDelete
  8. ada tengok kat Al-Kuliyyah dulu~
    ustaz apa tu kata, haram lukis2 inai kat tangan~
    huwaa
    terus takut~

    ReplyDelete
  9. jadi kesimpulannya apa kak??
    adq tengokmcm xhram hkumnya slagi xkekal..bgitu ker?? :D
    hah..yg pewarna rmbut halal tu yg mne yg halal??ceh, ada ati nk wrna2 rmbut....kui3

    ReplyDelete
  10. Alamak ! rumit juga erk ..... baru ingat nak guna inai wat corak naga

    ReplyDelete
  11. Zara : masa kat Al-Kuliyyah saya tak tengok pon.. Tu yang agak terkejut bila dapat tahu,... haha..

    :D

    ReplyDelete
  12. syaF : Maknanya tak bleh la.. walaupun tak kekal.. tapi dah sama dengan tatoo.. haram la..

    :D

    ReplyDelete
  13. touyakaruma : Memang rumit.. sebab benda simple dan remeh ni la selalunya saya terlepas pandang.. Lagi pun islam tu kn indah.. Jimat duit awak kahwin nanti.. tak payah upah org utk lukis inai.. hehe..

    ReplyDelete
  14. xnak comment pe2 dulu
    cuma dtg singgah - nak pollow

    ReplyDelete
  15. Delimasari : terima kasih kerana sudi singgah.. :D

    ReplyDelete

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails