Pages

Sunday, December 13, 2009

Perjalanan Pulang Ke Kampung

Sebulan yang lepas, mak ada beritahu yang Pak Su (kita org panggil chu jer..) nak buat majlis khatan untuk anak sulong dia... Hanafi nama dia.. Jadi, kami sekeluarga takda masalah la nak balik kampung.. Memandangkan semua cuti. Rabiatul excited sangat nak balik kampung.. dah lama tak jumpa saudara mara dan berkumpul ramai2...

Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 2 pagi.. Lambat bertolak sebab rabiatul ada kerja skit (update blog.. ngeh.. ngeh..), mak pi servis kereta dan angah dan aya pula menanti dirumah jer... hehe... Masa mak ambil kami semua, terasa suasana masa kita org kecik2 dulu.. seronok balik kampung.. Tapi, kali ni lain pula.. Angah, jamil (suami angah), Qistina (anak angah) dan aya dah tido selepas mak melepasi tol sungai buloh.. haiya.. awal betol dah tido.. Lihatlah muka mereka..


.tido sampai ternganga. haha.




.ni pun sama. gigi tu dah takleh cover. haha.

 
.mak sedang memandu, jangan kacau okeyh?.

Mak rabiatul setia memandu dan bersengkang mata menahan ngantuk.. bila ditanya, mak kata tak mengantuk.. hrmm.. takpelah.. rabiatul teman mak.. hehe.. Setelah hampir jam 4.00 pagi, kami pun singgah di Perhentian Rehat dan Rawat Tapah.. Mak parking je kereta, elok je deme (bahasa perak) ni bangun dari tido.. Ishh.. bab makan mesti sedar je.. hehe..




.perhentian yang sentiasa kami singgah tiap kali balik kampung.




.muka ngantuk je masing-masing.




.sedap sangat ke angah, tadi kata tak sedap.. hehe.



.kedai kacang rebus ni memang favorite rabiatul. sedaap.

Selepas selesai makan dan minum dan main kat taman dan rehat dan tido sekejap kat dalam kereta.. dan.. dan.. berapa banyak "dan" la kan.. hehehe.. kami pun bertolak pulang ke kampung.. Kali ni adik bongsu rabiatul yang drive.. Tempat duduk pun dah berubah.. Jadinya rabiatul duk kat seat belakang dan mak jadi co-pilot plak.. hehe.. Dah duk belakang.. Rabiatul la plak tido.. hahaha.. :p

Nantikan next entry k..

With love,

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment, i love you!! xoxo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails